Sesi Penggulungan Perbahasan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 3/2025 dan Taklimat Kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC)
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Ketua Audit Negara, YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi hadir ke Parlimen bagi sesi penggulungan Perbahasan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 3/2025 di Dewan Rakyat pada 8 Oktober 2025.
Penggulungan Perbahasan LKAN 3/2025 dibuat oleh YB Tuan M. Kulasegaran, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi).
Jabatan Audit Negara (JAN) merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada semua 24 orang Yang Berhormat Ahli Dewan Rakyat yang telah mengambil bahagian dalam sesi perbahasan yang diadakan pada 7 Oktober 2025.
YBhg. Dato’ Seri Ketua Audit Negara juga telah menyampaikan Taklimat kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC). Pengerusi PAC, YB Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin dan ahli-ahli PAC telah diberikan penerangan dan taklimat mengenai LKAN 3/2025 bagi memperjelas penemuan utama serta menjawab pertanyaan daripada pihak PAC berkaitan isu-isu yang dibangkitkan dalam laporan tersebut.
Turut hadir dalam sesi tersebut ialah YBhg Datuk Nor Salwani Muhammad, Timbalan Ketua Audit Negara (Prestasi); YBrs. Encik Azman Mahmood, Timbalan Ketua Audit Negara (Syarikat) dan YBrs. Puan Norliza Md. Nuruddin, Pengarah Audit Kewangan I.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |