Sesi Usul Perbahasan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 3/2025
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Sekitar sesi perbahasan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 3/2025 di Parlimen pada 7 Oktober 2025 (Selasa) yang telah dihadiri oleh YBhg Dato' Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara.
YB Dato' Sri Azalina Othman Said, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) telah membentangkan usul membahaskan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) di Dewan Rakyat.
JAN merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada 24 orang Ahli Yang Berhormat Ahli Dewan Rakyat yang telah mengambil bahagian dalam sesi perbahasan kali ini serta menyampaikan syor dan pandangan bagi memperkukuh tatakelola, pengurusan kewangan dan akauntabiliti Kerajaan demi kepentingan negara.
JAN juga menghargai sokongan berterusan daripada semua Ketua Setiausaha Kementerian/Ketua Jabatan/Ketua Pegawai Eksekutif yang terlibat sepanjang proses pengauditan. Kerjasama dan komitmen yang baik ini diharap akan dapat diteruskan dalam usaha memperkukuh integriti dan akauntabiliti sektor awam.
Turut hadir bersama di Parlimen adalah YBhg. Datuk Nor Salwani Muhammad, Timbalan Ketua Audit Negara (Prestasi); YBrs. Encik Azman Mahmood, Timbalan Ketua Audit Negara (Syarikat); YBrs. Puan Norliza binti Nuruddin, Pengarah Audit Kewangan 1 dan Pegawai-pegawai Kanan Jabatan Audit Negara.