Kunjungan Hormat Ketua Pegawai Eksekutif Institut Akauntan Bertauliah Singapura (ISCA) Ke Atas Ketua Audit Negara
![]() |
![]() |
Pada 7 Oktober 2025, YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara Malaysia, telah menerima kunjungan hormat daripada Ms. Fann Kor, Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Akauntan Bertauliah Singapura (ISCA).
Turut hadir ialah Puan Baridatul Anita Bidin, Pengarah Akademi Audit Negara dan Dr Sarimah Umor, Pengarah Bahagian Dasar dan Hubungan Antarabangsa, Jabatan Audit Negara.