Serahan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 3/2025 Peringkat Negeri
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Pada 6 Oktober 2025, Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 3/2025 Mengenai Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan Tahun 2024 dan Aktiviti Kementerian/Jabatan/Syarikat Kerajaan Persekutuan serta tiga belas naskhah LKAN mengenai Penyata Kewangan Kerajaan dan Agensi Negeri telah dibentangkan di Dewan Rakyat setelah mendapat perkenan daripada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Susulan itu, sesi serahan LKAN 3/2025 peringkat Negeri turut dilaksanakan ke Pejabat-pejabat Istana/Yang Dipertuan Negeri dan Pejabat-pejabat Menteri Besar/Ketua Menteri masing-masing oleh Pengarah Audit Negeri.
LKAN ini akan dipersembah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan/Raja Negeri serta Yang diPertua Negeri untuk dibentangkan di Dewan Undangan Negeri. Ini adalah selaras dengan Fasal (2) Perkara 107 Perlembagaan Persekutuan.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |