Sembah Menjunjung Kasih Kepada KDYMM Seri Padukan Baginda Yang di-Pertuan Agong Atas Perkenan Menerima Mengadap Ketua Audit Negara
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
YBhg. Dato' Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara (KAN) merafak sembah menjunjung kasih kepada KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar atas perkenan baginda menerima menghadap di Istana Negara pada 7 Oktober 2025.
Dalam sesi tersebut, YBhg. Dato' Seri KAN telah memberi sembah maklum berkenaan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 3/2025 mengenai Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan Tahun 2024 dan Aktiviti Kementerian/Jabatan/Syarikat Kerajaan Persekutuan kepada KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
YBhg. Dato' Seri KAN turut menyembah maklum Sijil KetuaAudit Negara terhadap Penyata Kewangan Majlis Agama Islam Negeri Johor Tahun 2023.
Kredit Foto: Istana Negara