Peluncuran Hari Sukan Negara Peringkat Jabatan Audit Negara Negeri Melaka Serta Majlis Townhall Ketua Audit Negara
Bersama Warga Jabatan Audit Negara Negeri Melaka
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Majlis Peluncuran Hari Sukan Negara Peringkat Jabatan Audit Negara Negeri Melaka telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara pada 4 Oktober 2025 bertempat di Jabatan Audit Negara Negeri Melaka (JAN Melaka).
Majlis kemudiannya diteruskan dengan Sesi Townhall Ketua Audit Negara bersama warga JAN Negeri Melaka.
Semasa lawatan ke JAN Melaka, YBhg. Dato’ Seri Ketua Audit Negara turut merasmikan Pusat Gerakan Skuad Ihsan Madani, satu inisiatif yang dilaksanakan oleh JAN Melaka bagi menyelaras aktiviti kesukarelawan berdasarkan teras Environmental, Sosial dan Governance (ESG).
Di kesempatan ini, Ketua Audit Negara juga sempat meninjau kerja-kerja pembaikan yang dilaksanakan di bangunan JAN Melaka.
Turut hadir semasa lawatan ini ialah YBrs. Puan Azlin binti Azizan, Pengarah Sektor Pengurusan JAN dan YBrs. Encik Khairul Azrin bin Mod Rifat, Pengarah Audit Negeri Melaka.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |