faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Sorotan Aktiviti

Sesi Penyerahan Perakuan dan Pandangan Ketua Audit Negara Mengenai Pengauditan Syarikat Subsidiari Perbadanan Melaka (MCORP) Melalui Sistem e-SelfAudit Bagi Tahun 2025

WhatsApp Image 2025 10 04 at 07.25.38 WhatsApp Image 2025 10 04 at 07.25.38 1 WhatsApp Image 2025 10 04 at 07.25.39 WhatsApp Image 2025 10 04 at 07.25.40 WhatsApp Image 2025 10 04 at 07.25.40 1 WhatsApp Image 2025 10 04 at 07.25.41

 

YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara (KAN) telah menyerahkan Perakuan dan Pandangan Ketua Audit Negara Mengenai Pengauditan Syarikat Melalui Sistem e-SelfAudit Bagi Tahun 2025 pada 3 Oktober 2025 kepada empat syarikat Kerajaan Negeri Melaka yang merupakan subsidiari kepada Perbadanan Melaka (MCORP) iaitu Melaka International Trade Centre Sdn. Bhd., M Corp Hotel Sdn. Bhd., Melaka Sentral Sdn. Bhd. dan Melaka Halal Hub Sdn. Bhd.

Sesi penyerahan sijil perakuan ini disaksikan oleh YB Datuk Wira Salhah binti Salleh, Pegawai Kewangan Negeri, Negeri Melaka dan juga YBhg. Datuk Mohd Yusof bin Abu Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif, MCORP.

Melaka International Trade Centre Sdn. Bhd. diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, YBhg. Datuk Mohd Ariff Shah bin Abdullah Sani, M Corp Hotel Sdn. Bhd. diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, YBrs. Encik Ahmad Sazali bin Sabri, Melaka Sentral Sdn. Bhd. diwakili oleh Pengurus Besar, YBrs. Encik Mohd Zulhafni bin Mad Rahis manakala Melaka Halal Hub Sdn. Bhd. diwakili oleh Pengurus Besar, YBrs. Encik Haji Azmi bin A. Rahman.

Turut hadir dalam sesi ini adalah pegawai kanan JAN iaitu Puan Sharifah Zarina binti Syed Ahmad, Pengarah Audit Syarikat 2 dan Encik Khairul Azrin bin Mod Rifat, Pengarah Audit Negeri Melaka.

 

  • Dikemaskini pada: 03 Oct 2025
  • Cetak
  • 43

faqhubungimaklumbalaspeta