Sesi Penyerahan Perakuan dan Pandangan Ketua Audit Negara Mengenai Pengauditan Syarikat Subsidiari Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) Melalui Sistem e-SelfAudit Bagi Tahun 2025
![]() |
![]() |
YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara (KAN) telah menyerahkan Perakuan Dan Pandangan Ketua Audit Negara Mengenai Pengauditan Syarikat Melalui Sistem e-SelfAudit Bagi Tahun 2025 pada 3 Oktober 2025 di Ibu Pejabat Jabatan Audit Negara kepada empat syarikat Kerajaan Negeri Selangor yang merupakan subsidiari kepada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) iaitu Bakti Suci Holdings Sdn. Bhd., Universiti Islam Selangor Sdn. Bhd., Teraju Ekonomi Asnaf Sdn. Bhd. dan Yayasan Islam Darul Ehsan.
Sesi penyerahan sijil perakuan ini disaksikan oleh YBhg. Tan Sri Mazlan bin Mansor, Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang merupakan badan induk keempat-empat syarikat tersebut dan YAD Dato’ Setia Dr. Haji Anhar bin Haji Opir, Sahibus Samahah Dato’ Seri Utama Diraja Mufti Negeri Selangor.
Syarikat Bakti Suci Holdings Sdn. Bhd. diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Encik Hazlan bin Hashim, Universiti Islam Selangor Sdn. Bhd., diwakili oleh Naib Canselor dan Ketua Eksekutif, YBhg. Dato’ Prof. Dr. Mohd Farid Ravi bin Abdullah, Teraju Ekonomi Asnaf Sdn. Bhd. diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Encik Mohd Hasnul Redza bin Abdul Rahim manakala Yayasan Islam Darul Ehsan diwakili oleh Pengurus Besar, Encik Nur Mohd Razali Abdullah.
Turut hadir dalam sesi ini adalah pegawai kanan JAN, YBrs. Puan Raftah binti Ibrahim, Pengarah Audit Syarikat dan YBrs. Dr. Nor Haiza binti Abd Aziz@Juned, Pengarah Audit Negeri Selangor.
Pelaksanaan pengauditan e-SelfAudit yang diperkenalkan oleh Jabatan Audit Negara awal tahun 2025 ini berperanan mewujudkan pembudayaan audit yang lebih kukuh dalam pengurusan kewangan Syarikat Kerajaan dengan pengauditan 1,856 syarikat Kerajaan Persekutuan dan Negeri.