faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Sorotan Aktiviti

Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2024

WhatsApp Image 2025 10 04 at 07.23.13 WhatsApp Image 2025 10 04 at 07.23.14 WhatsApp Image 2025 10 04 at 07.23.14 1 WhatsApp Image 2025 10 04 at 07.23.14 2 WhatsApp Image 2025 10 04 at 07.23.15 WhatsApp Image 2025 10 04 at 07.23.18

 

YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara telah mempengerusikan Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2024 pada 3 Oktober 2025 di Bilik Mesyuarat Perdana, Jabatan Audit Negara, Putrajaya.

Hadir bersama dalam mesyuarat tersebut adalah YBhg. Tan Sri Mazlan bin Mansor, Timbalan Pengerusi MAIS; YAD Dato' Setia Dr. Haji Anhar bin Haji Opis, Sahibus Samah Dato' Seri Utama Diraja Mufti Negeri Selangor; YBrs. Tuan Haji Mohd Sabirin bin Mohd Sarbini, Setiausaha MAIS; YBrs. Tuan Haji Anuar Hamzah bin Tohar, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Wakaf Selangor; dan YBrs. Tuan Mohd Khaidzir bin Shaari, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Turut hadir adalah pegawai kanan JAN, YBrs. Puan Norliza Md Nuruddin, Pengarah Audit Kewangan I dan YBrs. Dr. Nor Haiza binti Abd. Aziz@Juned, Pengarah Audit Negeri Selangor.

Seterusnya, YBhg Dato’ Seri Ketua Audit Negara telah menyempurnakan sesi menandatangani dan penyerahan Sijil Ketua Audit Negara mengenai Penyata Kewangan MAIS bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2024 kepada Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor sebaik berakhir mesyuarat.

 

  • Dikemaskini pada: 03 Oct 2025
  • Cetak
  • 32

faqhubungimaklumbalaspeta