Mesyuarat Agung Tahunan 2025 Surau Al-Ibtisam, Jabatan Audit Negara
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara telah merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Surau Al-Ibtisam JAN 2025 di Blok F2, Putrajaya pada 3 Oktober 2025.
Mesyuarat disambut dengan begitu baik dengan kehadiran seramai 224 orang warga Jabatan di Ibu Pejabat.
Mesyuarat Agung Tahunan diadakan bagi pembentangan Laporan Kewangan dan Aktiviti tahun 2024/2025 yang dilaksanakan oleh Surau Al-Ibtisam JAN. Di samping itu, ianya merupakan platform yang memberi ruang kepada pegawai dan kakitangan Jabatan untuk mencadangkan aktiviti kerohanian dan kemasyarakatan agar dapat menyumbang kepada kefahaman dan kekuatan agama.
YBhg Dato’ Seri Ketua Audit Negara dalam ucapan beliau telah menyatakan bahawa aktiviti dan program kerohanian serta kemasyarakatan ini dapat meningkatkan kebajikan dan kesejahteraan warga Jabatan disamping membentuk peribadi pemimpin masa hadapan JAN.
Turut diadakan sesi bacaan Yasin yang dipimpin oleh Tuan Haji Badiuzzaman Bin Mohd Pakir dan tazkirah ringkas yang disampaikan oleh YBrs. Ustaz Mohamad Afandi Che Harun, Imam Kanan Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan tajuk ‘Menjadi Penjaga Amanah di Dunia, Menuju Redha Allah di Akhirat”.
Turut hadir YBrs. Puan Norliza Binti Md.Nuruddin @ Nordin, Pengarah Bahagian Audit Kewangan I, YBrs. Encik Mohd Shahril Bin Yahya, Pengarah Bahagian Audit Prestasi I, YBrs. Puan Azlin Binti Azizan, Pengarah Sektor Pengurusan dan YBrs. Puan Sharifah Zarina Binti Syed Ahmad, Pengarah Bahagian Sektor Audit Syarikat Kerajaan II.
Sesi Pemilihan Ahli Jawatankuasa Surau Al-Ibtisam bagi Sesi 2026 - 2028 seterusnya menyusuli. Tahniah kepada semua yang dilantik.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |