faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Sorotan Aktiviti

Sesi Penyerahan Laporan Ketua Audit Negara 3/2025 di Dewan Rakyat

WhatsApp Image 2025 10 03 at 13.56.41 WhatsApp Image 2025 10 03 at 13.57.15 WhatsApp Image 2025 10 03 at 13.57.53 WhatsApp Image 2025 10 03 at 13.57.53 1 WhatsApp Image 2025 10 03 at 13.57.54  

 

Laporan Ketua Audit Negara 3/2025 (LKAN 3/2025) akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada 6 Oktober 2025.

LKAN 3/2025 terdiri daripada empat belas (14) naskhah iaitu satu naskhah LKAN mengenai Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan Tahun 2024 dan Aktiviti Kementerian/Jabatan/Syarikat Kerajaan Persekutuan serta tiga belas (13) naskhah LKAN mengenai Penyata Kewangan Kerajaan Negeri dan Agensi Negeri.

Sesi Penyerahan LKAN 3/2025 telah disempurnakan oleh YBrs. Puan Nadhirah binti Haji Abdul Wahab, Pengarah Audit Kewangan 2, Sektor Audit Kewangan, Jabatan Audit Negara kepada En. Shaharzad bin Yusof, Ketua Penolong Setiausaha, Seksyen Perundangan dan Prosiding, Bahagian Pengurusan Dewan Rakyat pada 3 Oktober 2025, di Parlimen.

Turut hadir YBrs. Puan Ruzita binti Ab Rahman, Pengarah Audit Prestasi 2, Sektor Audit Prestasi, Encik Saiful Anuar bin Zakaria, Pengarah Bahagian Penyelarasan Laporan dan Encik Allias bin Alwi, Timbalan Pengarah 1, Sektor Audit Pengurusan Syarikat Kerajaan.

 

  • Dikemaskini pada: 03 Oct 2025
  • Cetak
  • 33

faqhubungimaklumbalaspeta