faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Sorotan Aktiviti

Penyertaan JAN Dalam Program Saudi MoU Knowledge Exchange & Expertise (MoU-KEEP) 2025

557633377 1242773334561377 5832850993484265336 n 557682952 1242773417894702 6269674945740752653 n

 

Jabatan Audit Negara (JAN) telah dijemput menyertai program Saudi MoU Knowledge Exchange and Expertise (MoU-KEEP) 2025 yang telah berlangsung pada 21–25 September 2025 di Jeddah, Arab Saudi.

Program anjuran General Court of Audit (GCA), Kingdom of Saudi Arabia ini menghimpunkan 19 Institusi Audit Tertinggi (SAIs) dan 40 juruaudit profesional dari seluruh dunia. Fokus utama program termasuk audit kewangan dan pematuhan, audit prestasi, transformasi digital melalui Shamel Platform, aplikasi kecerdasan buatan (AI) dalam kerja audit, serta pembangunan kapasiti melalui Saqel Platform.

Penyertaan ini merupakan kali kedua bagi JAN, selepas Program edisi sulung pada tahun 2024. Penglibatan berterusan ini memperkukuh kerjasama strategik antara SAI Malaysia dan SAI Arab Saudi, di samping membuka peluang luas untuk perkongsian ilmu, kepakaran, dan amalan terbaik dalam auditan sektor awam di peringkat global.

 

  • Dikemaskini pada: 24 Sep 2025
  • Cetak
  • 3

faqhubungimaklumbalaspeta