faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Sorotan Aktiviti

Majlis Peluncuran Kursus Malaysian Technical Cooperation Programme (MTCP) – Sustainable Governance: An Auditor’s Role

WhatsApp Image 2025 10 01 at 04.45.46 WhatsApp Image 2025 10 01 at 04.45.47 WhatsApp Image 2025 10 01 at 04.45.47 1 WhatsApp Image 2025 10 01 at 04.45.48

 

Majlis Peluncuran Kursus MTCP bertajuk Sustainable Governance: An Auditor’s Role telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara pada 30 September 2025 bertempat di Auditorium Ahmad Noordin, Akademi Audit Negara, Bandar Enstek, Nilai.

Seramai 14 orang peserta dari Palestin termasuk para juruaudit terpilih untuk menghadiri program kali ini.

Program selama sembilan hari yang berlangsung dari 25 September hingga 3 Oktober 2025 ini merangkumi pelbagai aktiviti yang dirancang khusus bagi memperkukuh pengetahuan dan kemahiran peserta. Antara aktiviti yang dijalankan termasuk sesi syarahan, pembentangan kajian kes, aktiviti luar bilik kuliah serta sesi perkongsian ilmu bersama agensi pelaksana Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) di Malaysia. Sesi ini amat bertepatan dengan tema kursus yang menekankan aspek tadbir urus mampan.

Dalam amanat beliau, YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya menyatakan harapan agar kursus MTCP ini dapat menyumbang kepada pembangunan modal insan dan kemajuan negara peserta. Di samping itu, ia turut memperkukuh hubungan persahabatan antara Malaysia dan Palestin serta mencerminkan semangat kerjasama antara kedua-dua negara.

Turut hadir dalam majlis ini ialah YBhg. Datuk Nor Salwani Haji Muhammad, Timbalan Ketua Audit Negara (Prestasi); Encik Devrin Jeck, Setiausaha Bahagian, Kementerian Luar Negeri; Encik Mohammed Abudagga, First Counsellor, Kedutaan Negara Palestin; dan YBrs. Puan Baridatul Anita binti Bidin, Pengarah Akademi Audit Negara.

WhatsApp Image 2025 10 01 at 04.45.49 WhatsApp Image 2025 10 01 at 04.45.51 WhatsApp Image 2025 10 01 at 04.45.52 WhatsApp Image 2025 10 01 at 04.45.53

 

 

  • Dikemaskini pada: 30 Sep 2025
  • Cetak
  • 28

faqhubungimaklumbalaspeta