Sesi Amanat Ketua Audit Negara Bersama Jawatankuasa Pembangunan Pelan Pencegahan Rasuah Organisasi (PPRO) Jabatan Audit Negara
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Sesi Amanat Ketua Audit Negara Bersama Jawatankuasa Pembangunan Pelan Pencegahan Rasuah Organisasi (PPRO) JAN telah diadakan di Akademi Audit Negara pada 30 September 2025.
Majlis dihadiri seramai 44 orang pegawai termasuk penceramah dan fasilitator daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA).
Pembangunan Pelan PPRO JAN di bawah Strategi Pencegahan Rasuah Nasional (NACS) 2024-2028 ini adalah kesinambungan daripada Pelan Antirasuah Jabatan Audit Negara (OACP JAN) yang pelaksanaannya akan berakhir pada penghujung tahun 2025.
YBhg. Dato' Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi dalam amanat beliau telah memberi penekanan agar Jawatankuasa PPRO menilai semula dan menambah baik inisiatif sedia ada serta mengenal pasti inisiatif baharu dalam membangunkan pelan ini seiring dengan proses kerja baharu yang dilaksanakan oleh JAN melalui pindaan Akta Audit dan Pelan Pendigitalan JAN serta mengambil kira perubahan dasar semasa kerajaan.