Majlis Townhall Ketua Audit Negara Bersama Warga Akademi Audit Negara (AAN) Tahun 2025
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Majlis Townhall Ketua Audit Negara Bersama Warga Akademi Audit Negara (AAN) Tahun 2025 telah diadakan di Auditorium Ahmad Noordin, AAN pada 30 September 2025. Majlis tersebut dihadiri seramai 70 orang yang merangkumi pegawai AAN dan pegawai daripada Ibu Pejabat JAN.
YBhg. Dato' Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi dalam amanat beliau telah menekankan peranan AAN yang bukan sekadar pusat latihan tetapi juga merupakan nadi pengetahuan dan sumber kekuatan JAN secara keseluruhannya. AAN juga mempunyai platform yang lebih luas untuk berkongsi kepakaran dalam memperkukuhkan kompetensi juruaudit melalui jalinan strategik yang telah dimeterai diperingkat nasional dan juga antarabangsa. Beliau turut mengingatkan agar AAN terus mempertingkatkan peranan sebagai pemaju transformasi latihan digital untuk pengauditan dalam melahirkan juruaudit yang adaptif dan progresif berasaskan integriti, profesionalisme dan akuntabiliti.
Turut hadir ialah Timbalan Ketua Audit Negara (Prestasi); Pengarah Sektor Pengurusan dan Pengarah Akademi Audit Negara.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |