Sesi Penyerahan Perakuan Dan Pandangan Ketua Audit Negara Mengenai Pengauditan Syarikat Subsidiari Menteri Besar Negeri Sembilan (Pemerbadanan) Melalui Sistem E-Selfaudit Bagi Tahun 2025
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara (KAN) telah menyerahkan Perakuan dan Pandangan Ketua Audit Negara Mengenai Pengauditan Syarikat Melalui Sistem e-SelfAudit Bagi Tahun 2025 pada 29 September 2025 di Jabatan Audit Negara, Negeri Sembilan kepada tiga syarikat Kerajaan Negeri Sembilan yang merupakan subsidiari kepada Menteri Besar Negeri Sembilan (Pemerbadanan) (MBINS) iaitu Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn. Bhd., Emerald Spirit Sdn. Bhd. dan Invest NS Sdn. Bhd.
Sesi penyerahan sijil perakuan ini disaksikan oleh YB Dato’ Masri bin Hj. Razali, Pegawai Kewangan Negeri, Negeri Sembilan.
Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn. Bhd. diwakili oleh YBhg. Dato’ Ir. Hj. Mohd Yazid bin Hj. Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif, Emerald Spirit Sdn. Bhd. diwakili oleh YBrs. Encik Izwandy bin Nordin, Pemangku Pengurus Besar, manakala Invest NS Sdn.Bhd. diwakili oleh YBrs. Puan Rozilawatti binti Abd, Wahab, Pegawai Eksekutif.
Turut hadir dalam sesi ini adalah Cik Raftah binti Ibrahim, Pengarah Audit Syarikat dan Encik Mohd. Iskandar bin Amran, Pengarah Audit Negeri Sembilan.