faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Sorotan Aktiviti

Lawatan Kerja Ketua Audit Negara Ke Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB)

WhatsApp Image 2025 09 29 at 20.07.18 WhatsApp Image 2025 09 29 at 20.07.19 WhatsApp Image 2025 09 29 at 20.07.22 WhatsApp Image 2025 09 29 at 20.07.22 1 WhatsApp Image 2025 09 29 at 20.07.24

 

Pada 29 September 2025, YBhg. Dato' Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara, telah membuat lawatan kerja bersama barisan pengurusan JAN ke Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB) untuk pemantauan akhir urusan percetakan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) yang akan dibentangkan pada awal bulan Oktober 2025 di Dewan Rakyat.

Sesi taklimat dan perbincangan telah disampaikan oleh Pengerusi Kumpulan PNMB, Y.Bhg Dato' Haji Pkhairuddin bin Hj Ghazali dan turut disertai oleh YBrs. Encik Radzifuddin bin Nordin, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PNMB.

Pelbagai isu dan agenda dibincangkan terutamanya urusan percetakan dan tahap keselamatan dalam mengendalikan LKAN.

Selesai sesi taklimat, pihak PNMB telah mengaturkan sesi lawatan kepada delegasi JAN untuk melihat sendiri proses percetakan LKAN yang kini sedang dilaksanakan oleh pihak PNMB.

 

  • Dikemaskini pada: 30 Sep 2025
  • Cetak
  • 14

faqhubungimaklumbalaspeta