Kunjungan Hormat Delegasi Palestin Ke Jabatan Audit Negara
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
YBhg. Dato' Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara telah menerima kunjungan hormat daripada 14 orang ahli delegasi pelbagai kementerian/agensi negara Palestin yang diketuai oleh Mr. Hussein Ali Hasan AlKhatib, Directorate of Payments (Accountant), Palestine National Fund di Ibu Pejabat Jabatan Audit Negara (JAN), Putrajaya pada 26 September 2025.
Kehadiran delegasi Palestin di Malaysia adalah untuk menghadiri kursus "Sustainable Governance: An Auditor’s Role" anjuran Akademi Audit Negara JAN di bawah Program Kerjasama Teknikal Malaysia (Malaysian Technical Cooperation Programme - MTCP) dari 25 September hingga 3 Oktober 2025.
Perbincangan menyentuh situasi semasa di Palestin, cabaran tugasan pengauditan dalam keadaan peperangan, serta sokongan dan kerjasama strategik antara Palestin dengan Malaysia dalam sektor pengauditan awam serta pembangunan kapasiti juruaudit. JAN turut berkongsi mengenai Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025, serta peranan JAN dalam memperkukuh akauntabiliti sektor awam.
Hadir sama dalam sesi ini adalah YBrs. Encik Azman bin Mahmood, Timbalan Ketua Audit Negara (Syarikat Kerajaan), dan YBrs. Puan Baridatul Anita binti Bidin, Pengarah Akademi Audit Negara.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |