faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Sorotan Aktiviti

Sesi Libat Urus Papan Pemuka Dalam Talian Ketua Audit Negara (Auditor General’s Dashboard – AGD) Bersama Jabatan Perdana Menteri (JPM)

WhatsApp Image 2025 09 26 at 11.31.17 WhatsApp Image 2025 09 26 at 11.31.17 1 WhatsApp Image 2025 09 26 at 11.31.18 WhatsApp Image 2025 09 26 at 11.31.19 1 WhatsApp Image 2025 09 26 at 11.31.22 WhatsApp Image 2025 09 26 at 11.31.19

 

Jabatan Audit Negara dengan kerjasama Unit Audit Dalam, Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah mengadakan sesi libat urus pada 26 September 2025 berkaitan isu-isu yang telah dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) yang dipaparkan dalam Papan Pemuka Dalam Talian Ketua Audit Negara (Auditor General's Dashboard-AGD). Sesi libat urus ini telah dipengerusikan oleh YBhg. Dato' Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara.

Antara lain, 2 isu telah diselesaikan yang melibatkan 2 LKAN bagi tahun 2021 iaitu 1 isu bagi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dan 1 isu bagi Pengurusan Mitigasi Banjir Kuala Lumpur.

Sesi libat urus ini merupakan inisiatif baharu JAN selaras dengan pindaan Akta Audit yang telah diluluskan pada tahun 2024. Seksyen 9A telah memperuntukkan Ketua Audit Negara boleh pada bila-bila masa mengemukakan laporan mengenai audit susulan kepada Yang di-Pertuan Agong dan boleh mengemukakan salinan laporan sedemikian kepada Raja atau Yang di-Pertua Negeri sesuatu Negeri atau kepada Menteri.

Turut hadir ke sesi ini YBhg. Datuk Abd Shukor Bin Mahmood, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan dan YBrs. En Azman bin Mahmood, Timbalan Ketua Audit Negara (Syarikat).

 

  • Dikemaskini pada: 26 Sep 2025
  • Cetak
  • 17

faqhubungimaklumbalaspeta