Sesi Penyerahan Perakuan Dan Pandangan Ketua Audit Negara Mengenai Pengauditan Syarikat Melalui Syarikat Subsidiari Perbadanan Putrajaya Melalui Sistem e-SelfAudit Bagi Tahun 2025
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara (KAN) telah menyerahkan Perakuan Dan Pandangan Ketua Audit Negara Mengenai Pengauditan Syarikat Melalui Sistem e-Selfaudit Bagi Tahun 2025 kepada empat syarikat subsidiari Perbadanan Putrajaya (PPj) iaitu Putrajaya Leisures & Services Group Sdn. Bhd. , Convention & Exhibition (Putrajaya) Sdn. Bhd.,
Marina Putrajaya Sdn. Bhd. dan Pulse Travel & Services Sdn. Bhd.
Pelaksanaan pengauditan e-SelfAudit yang diperkenalkan oleh Jabatan Audit Negara awal tahun 2025 ini berperanan mewujudkan pembudayaan audit yang lebih kukuh dalam pengurusan kewangan Syarikat Kerajaan. Pengauditan ini melibatkan 850 syarikat Kerajaan Persekutuan daripada 1,856 syarikat yang diwartakan seluruh Malaysia.
Putrajaya Leisures & Services Group Sdn. Bhd. berserta tiga syarikat subsidiari di bawahnya iaitu Convention & Exhibition (Putrajaya) Sdn. Bhd. , Marina Putrajaya Sdn. Bhd. dan Pulse Travel & Services Sdn. Bhd. diwakili oleh YBrs. Ir. Haji Abdul Rahim bin Md Junoh, Ketua Eksekutif Kumpulan.
Sesi penyerahan sijil perakuan ini turut disaksikan oleh Presiden PPj, YBhg. Dato’ TPr. Fadlun Mak Ujud, yang merupakan agensi induk kepada empat syarikat subsidiari PPj tersebut.
Turut hadir dalam sesi ini adalah YBrs. Encik Azman bin Mahmood, Timbalan Ketua Audit Negara (Syarikat).