faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Sorotan Aktiviti

Majlis Townhall Ketua Audit Negara Bersama Warga Audit Dalam Tahun 2025

WhatsApp Image 2025 09 24 at 18.02.41 WhatsApp Image 2025 09 24 at 18.02.45 WhatsApp Image 2025 09 24 at 18.02.45 1 WhatsApp Image 2025 09 24 at 18.02.46

 

Majlis Townhall Ketua Audit Negara Bersama Warga Audit Dalam Tahun 2025 telah diadakan di Jabatan Audit Negara pada 24 September 2025 dan dihadiri seramai 600 orang pegawai secara fizikal dan atas talian.

YBhg. Dato' Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi dalam amanat beliau telah menekankan peranan audit dalam adalah penting sebagai barisan hadapan dalam memerangi rasuah dan penyelewengan. Beliau juga mengingatkan warga audit dalam supaya memberi nilai tambah dengan menyediakan pandangan yang objektif, bebas, dan profesional kepada pihak pengurusan. Melalui laporan dan cadangan yang diberikan, audit dalam dapat membina keyakinan bahawa organisasi berada di landasan yang betul, mematuhi undang-undang dan peraturan, serta mengekalkan tahap integriti yang tinggi.

Turut hadir ialah Timbalan-Timbalan Ketua Audit Negara; Pengarah Sektor Pengurusan dan Pengarah Susulan Audit.

WhatsApp Image 2025 09 24 at 18.02.46 1 WhatsApp Image 2025 09 24 at 18.02.46 2 WhatsApp Image 2025 09 24 at 18.02.49 WhatsApp Image 2025 09 24 at 18.02.50

 

  • Dikemaskini pada: 24 Sep 2025
  • Cetak
  • 10

faqhubungimaklumbalaspeta