faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Sorotan Aktiviti

Majlis Perjumpaan Ketua Audit Negara Bersama Warga Jabatan Audit Negara (JAN) Bagi Bulan September 2025

WhatsApp Image 2025 09 24 at 07.49.21 WhatsApp Image 2025 09 24 at 07.49.23 WhatsApp Image 2025 09 24 at 07.49.24 1 WhatsApp Image 2025 09 24 at 07.49.27 2 WhatsApp Image 2025 09 24 at 07.49.30 WhatsApp Image 2025 09 24 at 07.49.31

 

Majlis Perjumpaan Ketua Audit Negara Bersama Warga Jabatan Audit Negara (JAN) bagi bulan September 2025 telah diadakan pada 22 September 2025 (Selasa) di Ibu Pejabat JAN, Putrajaya. Majlis kali ini telah diselaraskan oleh Unit Komunikasi Korporat dengan kerjasama Kelab Audit Wilayah Persekutuan (KAWIP), PUSPANITA Cawangan JAN dan Surau Al-Ibtisam.

Seramai 314 orang warga JAN hadir secara fizikal, manakala 871 orang lagi menyertai majlis ini secara dalam talian.

Majlis diserikan dengan penyampaian Sijil Kecemerlangan Peperiksaan Perkhidmatan Siri 1/2025 kepada 2 orang pegawai Juruaudit Gred W9 dan 2 orang pegawai Penolong Juruaudit Gred W5 yang telah berjaya memperolehi keputusan Lulus Serentak Peperiksaan Perkhidmatan Subjek Jabatan Kali Pertama.

YBhg Dato' Seri KAN turut menyampaikan Sijil Penghargaan kepada AJK Surau Al-Ibtisam sesi 2023–2025, serta Sijil Penghargaan kepada Kontinjen JAN Maulidur Rasul SAW Tahun 2025 Peringkat Kebangsaan yang telah memenangi Johan Dalam Perarakan Maulidur Rasul SAW Tahun 2025 Kategori B, Kategori Agensi Di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Sempena Bulan Kemerdekaan dan sambutan Hari Malaysia, pelbagai aktiviti menarik telah dianjurkan oleh Kelab Audit Wilayah Persekutuan (KAWIP) dan PUSPANITA Cawangan JAN. Pada Majlis ini, YBhg Dato Seri Wan Suraya telah menyampaikan hadiah pemenang bagi aktiviti JAN Merdeka Explorace, JAN Merdeka Idol 2025 serta Pertandingan Dekorasi Ruang Pejabat.

Turut hadir YBhg. Datuk Nor Salwani binti Muhammad, Timbalan Ketua Audit Negara (Prestasi) dan YBrs. Encik Azman bin Mahmood, Timbalan Ketua Audit Negara (Syarikat) dan pegawai-pegawai kanan JAN Negeri dan Ibu Pejabat.

WhatsApp Image 2025 09 24 at 07.49.24 WhatsApp Image 2025 09 24 at 07.49.26 WhatsApp Image 2025 09 24 at 07.49.26 1 WhatsApp Image 2025 09 24 at 07.49.27 WhatsApp Image 2025 09 24 at 07.49.27 1 WhatsApp Image 2025 09 24 at 07.49.28

 

 

  • Dikemaskini pada: 23 Sep 2025
  • Cetak
  • 8

faqhubungimaklumbalaspeta