Sesi Sign-Off Percetakan Laporan Ketua Audit Negara 3/2025
![]() |
![]() |
YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara, telah menyempurnakan Sesi Sign-Off Percetakan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 3/2025 Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan Tahun 2024 dan Aktiviti Kementerian/Jabatan/Syarikat Kerajaan Persekutuan.
Hadir sama dalam sesi tersebut ialah YBhg. Dato’ Haji Pkharuddin bin Haji Gazali, Pengerusi Lembaga Pengarah Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB), dan Encik Farouq Affandi bin Mamat, Head General Printing Solution PNMB.
Turut hadir ialah pegawai-pegawai kanan JAN dari Seksyen Audit Kewangan, Prestasi dan Syarikat. LKAN 3/2025 dijadual akan dibentangkan pada Sesi Dewan Rakyat Ketiga pada awal Oktober 2025.