faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Sorotan Aktiviti

Ziarah Prihatin Ketua Audit Negara Terhadap Puan Punithavathy a/p Jotey, Pegawai Ibu Pejabat

WhatsApp Image 2025 09 23 at 11.18.30 WhatsApp Image 2025 09 23 at 11.18.30 1 WhatsApp Image 2025 09 23 at 11.18.32 WhatsApp Image 2025 09 23 at 11.18.32 WhatsApp Image 2025 09 23 at 11.18.33 WhatsApp Image 2025 09 23 at 11.18.33 1

 

YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara, telah meluangkan masa menziarahi Puan Punithavathy a/p Jotey, Penolong Pengarah Audit, Sektor Audit Kewangan di rumah kediamannya di Taman Semanja, Kajang.

Kediaman Puan Punithavathy telah dilanda ribut petang semalam (22 September 2025) yang mengakibatkan kerosakan teruk pada bumbung, pagar serta kebocoran di dalam rumah.

Dalam kunjungan ini, Ketua Audit Negara turut menyerahkan sumbangan awal daripada Tabung Jabatan Audit Negara sebagai bantuan segera serta tanda sokongan moral kepada beliau dan keluarga.

Turut hadir bersama ialah YBrs. Puan Azlin binti Azizan, Pengarah Sektor Audit Pengurusan, YBrs. Encik Halimuddin bin Chongge, Pengarah Audit Kewangan 4 serta Puan Hely Herlynna binti Mohd Kassim dan Dr. Suraya binti Adnan mewakili MASJAN.

Semoga Puan Punithavathy serta keluarga dikurniakan ketabahan menghadapi ujian ini dan semoga warga JAN sentiasa dilindungi daripada sebarang musibah.

 

  • Dikemaskini pada: 29 Sep 2025
  • Cetak
  • 4

faqhubungimaklumbalaspeta