faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Sorotan Aktiviti

Sesi Penyerahan Perakuan Dan Pandangan Ketua Audit Negara Mengenai Pengauditan UMK Holdings Sdn. Bhd. Melalui Sistem e-Selfaudit
Bagi Tahun 2025

WhatsApp Image 2025 09 22 at 12.00.58 WhatsApp Image 2025 09 22 at 12.00.58 1 WhatsApp Image 2025 09 22 at 12.00.59 WhatsApp Image 2025 09 22 at 12.00.59 1 WhatsApp Image 2025 09 22 at 12.01.00

 

YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara (KAN) telah menyerahkan Perakuan Dan Pandangan Ketua Audit Negara Mengenai Pengauditan Syarikat Melalui Sistem e-SelfAudit Bagi Tahun 2025 kepada satu syarikat subsidiari Universiti Malaysia Kelantan (UMK) iaitu UMK Holdings Sdn. Bhd. pada 21 September 2025 di UMK, Bachok, Kelantan.

Pelaksanaan pengauditan e-SelfAudit yang diperkenalkan oleh Jabatan Audit Negara awal tahun 2025 ini berperanan mewujudkan pembudayaan audit yang lebih kukuh dalam pengurusan kewangan Syarikat Kerajaan. Pengauditan ini melibatkan 850 syarikat Kerajaan Persekutuan daripada 1,856 syarikat yang diwartakan seluruh Malaysia.

UMK Holdings Sdn. Bhd. diwakili oleh YBhg. Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi, Ketua Pegawai Eksekutif.

Sesi penyerahan sijil perakuan ini turut disaksikan oleh YBrs. Prof. Ts. Dr. Arham bin Abdullah, Naib Canselor UMK dan YBrs. Encik Ahmad Irwan bin Baharuddin, Bendahari UMK yang merupakan badan induk kepada syarikat subsidiari UMK tersebut.

Turut hadir dalam sesi ini adalah YBrs. Encik Azman bin Mahmood, Timbalan Ketua Audit Negara (Syarikat).

 

  • Dikemaskini pada: 21 Sep 2025
  • Cetak
  • 8

faqhubungimaklumbalaspeta