Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2024
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara telah mempengerusikan Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) bagi tahun berakhir 31 Disember 2024 pada 21 September 2025 bertempat di UMK Kampus Bachok, Kelantan.
Hadir bersama dalam mesyuarat tersebut adalah YBrs. Prof. Ir. Ts. Dr. Arham bin Abdullah, Naib Canselor UMK; YBrs. Encik Azman bin Mahmood; Timbalan Ketua Audit Negara (Syarikat); YBrs. Tuan Haji Mohd Fisul bin Ismail, Pengarah Audit Kewangan JAN dan Encik Azmi bin Hassan, Pengarah Audit Negeri Kelantan.
Turut hadir wakil dari Kementerian Pendidikan Tinggi; Kementerian Kewangan Malaysia; Kementerian Ekonomi; Jabatan Kerja Raya; Jabatan Pendidikan Tinggi; Pejabat Tanah dan Jajahan Kota Bharu serta Firma Audit Swasta.
Seterusnya, YBhg. Dato’ Seri Ketua Audit Negara telah menyempurnakan sesi penandatanganan dan penyerahan Sijil Ketua Audit Negara untuk Penyata Kewangan UMK bagi tahun berakhir 31 Disember 2024 kepada Naib Canselor UMK.