Sesi Penyerahan Perakuan Dan Pandangan Ketua Audit Negara Mengenai Pengauditan Syarikat Melalui Syarikat Melalui Sistem e-SelfAudit
Bagi Tahun 2025 Peringkat Negeri Kelantan
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara (KAN) telah menyerahkan Perakuan dan Pandangan Ketua Audit Negara mengenai Pengauditan Syarikat Melalui Sistem e-SelfAudit bagi Tahun 2025 pada 21 September 2025 di Bilik Gerakan Negeri, Kompleks Kota Darulnaim, Kota Bharu kepada lima syarikat Kerajaan Negeri Kelantan iaitu Permodalan Kelantan Berhad, UB Consult Sdn. Bhd., Infra Quest Sdn. Bhd., Akademi Yakin Sdn. Bhd. dan Stesen Minyak YIK Sdn. Bhd.
UB Consult Sdn. Bhd. dan Infra Quest Sdn. Bhd. diwakili oleh YBhg. Dato’ Sr. Hj. Zamri bin Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) manakala Permodalan Kelantan Berhad (PKB) diwakili oleh YBrs. Encik Hassan Shukri bin Hussein, Pengurus Besar Syarikat.
Dua lagi syarikat, Akademi Yakin Sdn. Bhd. diwakili oleh YBrs. Encik Nik Jessim bin Tan Sri Nik Hashim, Pengarah, Yayasan Kelantan Darulnaim manakala Stesen Minyak YIK Sdn. Bhd. diwakili oleh YBrs. Tuan Hj. Zulkifle bin Ab Rahman, Pengarah, Yayasan Islam Kelantan.
Sesi penyerahan sijil perakuan ini turut disaksikan oleh YBM Tengku Kaya Perkasa Dato’ Dr. Tengku Faziharudean bin Tengku Feissal, Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan dan YB Dato’ Rosnazli bin Hj. Amin, Pegawai Kewangan Negeri.
Turut hadir dalam sesi ini adalah YBrs. Encik Azman bin Mahmood, Timbalan Ketua Audit Negara (Syarikat) dan Encik Azmi bin Hassan, Pengarah Audit Negeri Kelantan.