faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Sorotan Aktiviti

Majlis Sanjungan Budi Kilauan Bakti JAN

WhatsApp Image 2025 09 13 at 11.10.37 WhatsApp Image 2025 09 13 at 11.10.38 WhatsApp Image 2025 09 13 at 11.10.39 WhatsApp Image 2025 09 13 at 11.10.40 WhatsApp Image 2025 09 13 at 11.10.41

 

Majlis Sanjungan Budi Kilauan Bakti JAN telah berlangsung dengan penuh penghormatan pada 8 September 2025 bertempat di Putrajaya. Majlis ini diadakan bagi meraikan beberapa pegawai kanan Jabatan Audit Negara yang telah menabur bakti dengan penuh dedikasi.

Jabatan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YBhg. Datuk Hajah Patimah Ramuji, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan); Ir. Azizah binti Kassim, Pengarah Bahagian Teknikal (BTEK); Pn. Selwah binti Hj Said, Pengarah Audit Negeri Perak atas segala jasa, komitmen dan sumbangan yang telah dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan mereka.

Jabatan turut mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada En. Razalan bin Mohd Kamal atas kenaikan pangkat. Semoga amanah baharu yang diberikan terus menyemarakkan semangat kecemerlangan dan kepimpinan berwibawa.

Setiap pencapaian dan sumbangan ini bukan sekadar kenangan, tetapi menjadi suluh inspirasi buat generasi warga JAN yang mendatang. Semoga keberkatan mengiringi setiap langkah dalam perjalanan seterusnya.

WhatsApp Image 2025 09 13 at 11.10.38 1 WhatsApp Image 2025 09 13 at 11.10.41 1 WhatsApp Image 2025 09 13 at 11.10.43 WhatsApp Image 2025 09 13 at 11.10.46 WhatsApp Image 2025 09 13 at 11.10.49

 

  • Dikemaskini pada: 08 Sep 2025
  • Cetak
  • 6

faqhubungimaklumbalaspeta