faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Sorotan Aktiviti

Lawatan Kerja Ketua Audit Negara ke Hyderabad, India

WhatsApp Image 2025 09 11 at 11.28.52 WhatsApp Image 2025 09 11 at 11.28.53 WhatsApp Image 2025 09 11 at 11.28.55 WhatsApp Image 2025 09 11 at 21.00.46

 

YBhg. Dato’ Seri Ketua Audit Negara telah menghadiri tiga (3) mesyuarat berjadual di bawah International Organisation of Supreme Audit Institutions (INTOSAI) dari 10 hingga 12 September di Hyderabad, India.

Mesyuarat ini menghimpunkan 28 Institusi Audit Tertinggi (Supreme Audit Institutions – SAI) yang terpilih justeru mencerminkan pengiktirafan peranan aktif Malaysia dalam memperkukuh tadbir urus audit sektor awam di peringkat global.

Penglibatan Malaysia sebagai ahli Jawatankuasa Pemandu INTOSAI KSC juga adalah signifikan susulan pelantikan Malaysia sebagai Pengerusi kepada satu Jawatankuasa Kerja di peringkat INTOSAI buat julung kalinya.

Sebagai Pengerusi bagi Jawatankuasa Kerja Pengauditan Susulan Audit (Working Group on Follow-up Audit – WGFA), YBhg. Dato’ Seri Ketua Audit Negara telah membentangkan Laporan Tahunan INTOSAI WGFA. Laporan ini telah diterima dengan baik oleh ahli-ahli Jawatankuasa Pemandu INTOSAI KSC, termasuk Sekretariat INTOSAI dan Sekretariat INTOSAI Development Initiative (IDI), sekali gus mengiktiraf peranan aktif Malaysia dalam memacu pembangunan kapasiti dan penyediaan Garis Panduan Pengauditan Susulan di peringkat global. Mesyuarat juga mengambil maklum bahawa WGFA merupakan Kumpulan Kerja kedua terbesar dalam INTOSAI dengan penyertaan 60 negara ahli sejak penubuhannya tahun ini.

Di samping itu, YBhg Dato' Seri Ketua Audit Negara telah mengadakan empat (4) mesyuarat dua hala dengan rakan sejawat daripada SAI India, SAI Maldives, SAI Republik Czech dan SAI Iran.

WhatsApp Image 2025 09 11 at 21.08.51 WhatsApp Image 2025 09 19 at 23.18.33 WhatsApp Image 2025 09 19 at 23.18.33 1 WhatsApp Image 2025 09 19 at 23.18.34

 

 

  • Dikemaskini pada: 12 Sep 2025
  • Cetak
  • 8

faqhubungimaklumbalaspeta