faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Sorotan Aktiviti

Program Ziarah Kasih Ketua Audit Negara Terhadap Keluarga Almarhumah Syazly binti Shafie, JAN Negeri Kedah

548209937 1227137706124940 7108279407705315700 n 548271613 1227137792791598 201914522870753728 n 548276623 1227137659458278 7806487535932293918 n 548317081 1227137752791602 1476980108171410236 n 549681284 1227137832791594 2519267310311512732 n

 

YBhg. Dato' Seri Ketua Audit Negara (KAN) telah menziarahi Almarhumah Syazly binti Shafie, Juruaudit Gred W10, Jabatan Audit Negara Negeri Kedah yang kembali ke Rahmahtullah pada 16 September 2025 di rumah kediaman beliau di Taman Layar, Kuala Kedah, Kedah.

Dato' Seri KAN menzahirkan ucapan takziah daripada seluruh warga Jabatan Audit Negara (JAN) kepada suami dan keluarga Almarhumah.

Turut hadir adalah YB Dato' Seri Hj Norizan bin Khazali, Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah serta isteri dan Puan Mazmiza binti Mihat, Pengarah Audit Negeri Kedah.

Dato' Seri KAN turut menyampaikan sumbangan warga JAN menerusi Tabung Kebajikan JAN kepada suami Almarhumah.

Al-Fatihah buat Almarhumah. Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman serta semoga keluarga Almarhumah tabah menghadapi kehilangan ini.

 

  • Dikemaskini pada: 16 Sep 2025
  • Cetak
  • 6

faqhubungimaklumbalaspeta