Sesi Penyerahan Perakuan Dan Pandangan Ketua Audit Negara Mengenai Pengauditan Syarikat Melalui Sistem E-Selfaudit
Bagi Tahun 2025 Peringkat Negeri Perlis
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara (KAN) telah menyerahkan Perakuan Dan Pandangan Ketua Audit Negara mengenai Pengauditan Syarikat Melalui Sistem e-SelfAudit Bagi Tahun 2025 pada 16 September 2025 di Jabatan Audit Negara Negeri Pulau Pinang kepada dua syarikat Kerajaan Negeri Perlis iaitu Rumpun Teras Sdn. Bhd. dan Syarikat Air Perlis Sdn. Bhd.
Pelaksanaan pengauditan e-SelfAudit yang diperkenalkan oleh Jabatan Audit Negara (JAN) awal tahun 2025 ini berperanan mewujudkan pembudayaan audit yang lebih kukuh dalam pengurusan kewangan Syarikat Kerajaan.
Rumpun Teras Sdn. Bhd. diwakili oleh Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis (PKENPs), YBhg. Dato' Md Silmi bin Abd Rahman manakala Syarikat Air Perlis Sdn. Bhd. diwakili oleh Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif, Encik Nik Nazreen Yusrie bin Nik Jusoh.
Turut hadir dalam sesi ini adalah Encik Saiful Anuar bin Zakaria, Pengarah Bahagian Penyelarasan Laporan, Encik Allias bin Alwi, Timbalan Pengarah Sektor Audit Pengurusan Syarikat Kerajaan I dan Encik Ilyas Shukri bin Khodori, Pengarah Audit Negeri Perlis.