Sesi Penyerahan Perakuan Dan Pandangan Ketua Audit Negara Mengenai Pengauditan Syarikat Melalui Sistem E-Selfaudit
Bagi Tahun 2025 Peringkat Negeri Pulau Pinang
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara (KAN) telah menyerahkan Perakuan Dan Pandangan Ketua Audit Negara mengenai Pengauditan Syarikat Melalui Sistem e-SelfAudit Bagi Tahun 2025 pada 16 September 2025 di Jabatan Audit Negara Negeri Pulau Pinang kepada empat syarikat Kerajaan Negeri Pulau Pinang iaitu PWDC Sdn. Bhd., Penang Global Tourism Sdn. Bhd., Digital Penang Sdn. Bhd. dan PDC Properties Sdn. Bhd.
Pelaksanaan pengauditan e-SelfAudit yang diperkenalkan oleh Jabatan Audit Negara (JAN) awal tahun 2025 ini berperanan mewujudkan pembudayaan audit yang lebih kukuh dalam pengurusan kewangan Syarikat Kerajaan.
PWDC Sdn. Bhd. diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, YBhg. Dato’ Ong Bee Leng, Penang Global Tourism Sdn. Bhd. diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Encik Ooi Chok Yan, Digital Penang Sdn. Bhd. diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Ts. Ng Kwang Ming manakala PDC Properties Sdn. Bhd. diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Ir. Ismail bin Ishak.
Turut hadir dalam sesi ini adalah pegawai kanan JAN iaitu Encik Saiful Anuar bin Zakaria, Pengarah Bahagian Penyelarasan Laporan, Encik Allias bin Alwi, Timbalan Pengarah Sektor Audit Pengurusan Syarikat Kerajaan I dan Puan Faizah binti Abdullah, Pengarah Audit Negeri Pulau Pinang.