faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Sorotan Aktiviti

Pertandingan Dekorasi Ruang Pejabat Sempena Sambutan Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia Tahun 2025

WhatsApp Image 2025 09 18 at 20.10.47 WhatsApp Image 2025 09 18 at 20.10.47 1 WhatsApp Image 2025 09 18 at 20.10.48 WhatsApp Image 2025 09 18 at 20.10.48 1 WhatsApp Image 2025 09 18 at 20.10.49 1 WhatsApp Image 2025 09 18 at 20.10.50 WhatsApp Image 2025 09 18 at 20.10.50 1 WhatsApp Image 2025 09 18 at 20.10.50 2

 

Putrajaya, 18 September 2025 – Dalam menyemarakkan semangat patriotik sempena Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) tahun 2025, Jabatan Audit Negara (JAN) menerusi PUSPANITA Cawangan Kecil (PCK) JAN telah menganjurkan buat julung kalinya Pertandingan Dekorasi Ruang Pejabat. Pertandingan ini dijalankan antara Bahagian/Unit di Ibu Pejabat JAN menggunakan barangan terpakai mengikut kreativiti dan tema rasmi sambutan HKHM tahun 2025 iaitu “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni”.

Penjurian muktamad telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Seri Ketua Audit Negara pada 18 September 2025 dan diiringi oleh Puan Azlin binti Azizan, Pengarah Sektor Pengurusan selaku Pengerusi PCK JAN. Semasa sesi penjurian berlangsung, YBhg. Dato’ Seri amat teruja dengan keunikan dekorasi dan kreativiti selain melihat semangat kemerdekaaan yang membara dalam setiap jiwa warga JAN.

 

  • Dikemaskini pada: 18 Sep 2025
  • Cetak
  • 12

faqhubungimaklumbalaspeta