Lawatan Kerja Rasmi Jawatankuasa Audit Parlimen Finland Ke Jabatan Audit Negara
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Pada 18 September 2025, YBhg. Dato' Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara, telah menerima kunjungan hormat daripada YB Ms. Johanna Ojala-Niemela, Pengerusi Jawatankuasa Audit Parlimen Finland bersama delegasi yang terdiri daripada 9 orang Ahli Parlimen Finland di Ibu Pejabat Jabatan Audit Negara (JAN), Putrajaya.
Perbincangan tertumpu kepada perkongsian fungsi, peranan dan aktiviti Jabatan Audit Negara Malaysia di peringkat domestik dan antarabangsa.
Di samping itu, turut diadakan sesi perkongsian mengenai Auditor General's Dashboard (AGD) yang merupakan platform digital JAN dalam usaha meningkatkan akauntabiliti sektor awam serta sesi diskusi mengenai sektor pendidikan dan kesihatan yang merupakan tunjang utama dalam pembangunan negara.
Hadir sama dalam sesi ini adalah TYT Anne Vasara, Duta Finland ke Malaysia, YBrs. Encik Azman bin Mahmood, Timbalan Ketua Audit Negara (Syarikat Kerajaan), dan YBrs. Puan Norliza binti Md. Nuruddin @ Nordin, Pengarah Audit Kewangan JAN.