faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Sorotan Aktiviti

Lawatan Kerja Rasmi Delegasi Institute of Internal Auditors Korea (IIA Korea) ke Akademi Audit Negara

WhatsApp Image 2025 09 11 at 17.03.10 WhatsApp Image 2025 09 11 at 17.03.11 WhatsApp Image 2025 09 11 at 17.03.12 WhatsApp Image 2025 09 11 at 17.03.12 WhatsApp Image 2025 09 11 at 17.03.15 WhatsApp Image 2025 09 11 at 17.03.16 1 WhatsApp Image 2025 09 11 at 17.03.16 2

 

Pada 11 September 2025, Jabatan Audit Negara telah menerima kunjungan kerja rasmi delegasi dari Institute of Internal Auditors Korea (IIA Korea) seramai 70 orang bertempat di Akademi Audit Negara (AAN), Nilai, Negeri Sembilan.

Lawatan ini menekankan kepada perkongsian ilmu serta pengalaman kedua negara dalam bidang pengauditan dan peranan penting audit dalaman dalam meningkatkan ketelusan dan akauntabiliti sektor awam.

Ucapan pembukaan disampaikan oleh YBrs. Encik Azman Mahmood Timbalan Ketua Audit Negara (Syarikat) manakala delegasi IIA Korea diketuai oleh Mr. Jin Man Sung, Chief Auditor Korea Student Aid Foundation (KOSAF).

Turut hadir Pn Baridatul Anita Bidin, Pengarah Akademi Audit Negara.

 

  • Dikemaskini pada: 11 Sep 2025
  • Cetak
  • 13

faqhubungimaklumbalaspeta