Ketua Audit Negara Hadir The Asian Confederation Of Institutes Of Internal Auditors (ACIIA) Conference 2025 (ACIIA 2025)
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara telah dijemput menyampaikan ucapan khas dalam The Asian Confederation Of Institutes Of Internal Auditors (ACIIA) Conference 2025 (ACIIA 2025) pada 9 September 2025 di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC).
Persidangan ini telah dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri dan dalam ucapan perasmiannya, YAB PM telah menyatakan Kerajaan memandang serius akan peranan Jabatan Audit Negara (JAN) serta Unit Audit Dalam. Peranan JAN diperkukuhkan lagi dengan pindaan Akta Audit 1957 [Akta 62] selepas 33 tahun tidak dipinda bagi memperkasakan mandat Ketua Audit Negara. Sejajar dengan perubahan ini, penubuhan Jawatankuasa Ketidakaturan Serius pada tahun ini memberi mandat kepada JAN untuk tindakan segera diambil terhadap pelanggaran kritikal dalam pengauditan.
YAB PM juga menekankan bahawa sejak tahun 2024, impak pelaksanaan audit susulan telah berjaya mengutip semula RM159 juta dana awam.
Dalam Ucapan Khas beliau sempena Persidangan ACCIA 2025, YBhg. Dato’ Seri KAN telah menekankan peranan audit dalam memperkukuh tadbir urus, akauntabiliti dan keyakinan awam dalam era risiko yang kompleks dan dinamik.
Seramai 1,500 orang juruaudit awam termasuk pegawai JAN yang ditempatkan sebagai Ketua Audit Dalam di pelbagai Kementerian dan Jabatan Kerajaan turut menghadiri Persidangan tersebut.