Majlis Penyerahan Projek Program Kampung Angkat MADANI (KAM) dan Sekolah Angkat MADANI (SAM) Tahun 2025, Jabatan Audit Negara di Kampung Topokon, Tuaran, Sabah
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Program Kampung Angkat MADANI (KAM) dan Sekolah Angkat MADANI (SAM) Jabatan Audit Negara di Kampung Topokon, Tuaran, Sabah telah berjaya disempurnakan.
Majlis Penyerahan Projek KAM dan SAM Tahun 2025 telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Hajah Patimah binti Ramuji, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan).
Antara pengisian utama program termasuk Penyerahan Sijil Penghargaan kepada pelaksana projek iaitu Pejabat Pendidikan Daerah Tuaran, rakan strategik Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) serta lawatan ke kawasan projek yang telah siap dibangunkan.
Turut hadir adalah Encik Mudin bin Beting, Timbalan Pengarah Sektor Pembangunan Murid Jabatan Pendidikan Negeri Sabah; YBhg. Datuk Ramlan bin Awang Ali, Setiausaha MUIS; YBrs. Encik Zakri bin Mamat, Pengarah Audit Negeri Sabah; YBrs. Puan Hajah Azlin binti Azizan, Pengarah Sektor Pengurusan JAN, dan YBrs. Puan Eryanti binti Eddie, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Topokon.
JAN berharap agar pelaksanaan projek ini dapat memberi manfaat yang menyeluruh kepada penduduk Kampung Topokon khususnya, dan masyarakat setempat amnya, dalam meningkatkan kesejahteraan hidup dan memperkasa pendidikan.