Sesi Penyerahan Perakuan Dan Pandangan Ketua Audit Negara Mengenai Pengauditan Syarikat Melalui Sistem e-Selfaudit
Bagi Tahun 2025 Peringkat Negeri Johor
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
YBhg. Dato’ Seri Ketua Audit Negara (KAN) pada 4 September 2025 telah menyerahkan Perakuan Dan Pandangan Ketua Audit Negara Mengenai Pengauditan Syarikat Kerajaan Melalui Sistem e-Selfaudit Bagi Tahun 2025 di Pusat Pentadbiran Kota Iskandar, Iskandar Puteri kepada empat syarikat subsidiari Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) iaitu MARSAH Sdn. Bhd., MAINJ Urus Sdn. Bhd., MAINJ Toyibba Sdn. Bhd. dan Media Digital An Nur MAINJ Sdn. Bhd.
Hadir bersama dalam sesi penyerahan perakuan ini adalah YBhg. Dato' Haji Yahya Bin Ahmad, Mufti Negeri Johor dan Tuan Haji Nasri bin Md Ali, Ketua Pegawai Eksekutif MAINJ sebagai badan induk.
MARSAH Sdn. Bhd. diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya, YBhg. Prof. Madya Dr. Hussin Bin Salamon, MAINJ Urus Sdn. Bhd. oleh Pengurus Besar, YBrs. Puan Andek Nurraha Binti Bachok dan Media Digital An Nur MAINJ Sdn. Bhd. oleh YBhg Dato' Haji Wan Mohd Noor Bin Haji Wan Mohamed, Ketua Pegawai Eksekutif.
Inisiatif pengauditan syarikat melalui Sistem e-SelfAudit yang dilaksanakan oleh Jabatan Audit Negara mulai tahun ini berperanan mewujudkan pembudayaan audit yang lebih kukuh dan pemangkin tatakelola lebih cemerlang dalam pengurusan kewangan Syarikat Kerajaan.
Turut hadir dalam sesi ini adalah Puan Norni @ Lina binti Mohamed, Pengarah Audit Negeri Johor dan Puan Sharifah Zarina binti Syed Ahmad, Pengarah Sektor Audit Pengurusan Syarikat II.