Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2023
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
YBhg. Dato' Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara telah mempengerusikan Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2023 pada 4 September 2025 di Bilik Gerakan, Aras 1, Bangunan Dato’ Jaafar Muhammad, Iskandar Puteri, Johor.
Delegasi MAINJ diketuai oleh Sahibus Samahah YB Dato’ Haji Yahya bin Ahmad, Mufti Negeri Johor dan diiringi Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAINJ, Tuan Haji Nasri bin Md. Ali.
Hadir bersama adalah YBrs. Tuan Haji Mohd Fisul bin Ismail, Pengarah Audit Kewangan III, dan YBrs. Puan Norni @ Lina binti Mohamed, Pengarah Audit Negeri Johor.
Turut serta dalam mesyuarat ini ialah Ir. Zainal bin Tumian, Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Johor serta pegawai daripada Perbendaharaan Negeri Johor dan Unit Audit Dalam, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor.