Lawatan Fizikal Ke Tapak Bangunan Baharu Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) Daerah Pontian
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Pada 4 September 2025, Ketua Audit Negara (KAN) telah mengadakan lawatan fizikal ke tapak bangunan baharu Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) Daerah Pontian.
Dalam lawatan tersebut, YBhg. Dato’ Seri KAN telah mendengar taklimat daripada pihak MAINJ berkenaan projek pembinaan bangunan baharu, serta taklimat daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Johor berhubung kerja-kerja naik taraf dan kemasan dalaman bangunan berkenaan.
Turut hadir dalam lawatan ini ialah YBrs. Tuan Haji Mohd Fisul bin Ismail, Pengarah Audit Kewangan III; YBrs. Tuan Haji Nasri bin Md Ali, Ketua Pegawai Eksekutif MAINJ; YBrs. Puan Norni @ Lina binti Mohamed, Pengarah Audit Negeri Johor; dan Ir. Zainal bin Tumian, Pengarah Kerja Raya Johor.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |