faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Sorotan Aktiviti

Sesi Penyerahan Perakuan Dan Pandangan Ketua Audit Negara Mengenai Pengauditan Syarikat Subsidiari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Melalui Sistem e-Selfaudit Bagi Tahun 2025

WhatsApp Image 2025 09 08 at 20.26.16 WhatsApp Image 2025 09 08 at 20.26.17 WhatsApp Image 2025 09 08 at 20.26.20 WhatsApp Image 2025 09 08 at 20.26.23 WhatsApp Image 2025 09 08 at 20.26.24 WhatsApp Image 2025 09 08 at 20.26.26

 

YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara (KAN) telah menyerahkan Perakuan Dan Pandangan Ketua Audit Negara Mengenai Pengauditan Syarikat Melalui Sistem e-Selfaudit Bagi Tahun 2025 kepada empat syarikat subsidiari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) iaitu UTM Holdings Sdn. Bhd., UTM Technology and Innovation Management Sdn. Bhd., Uni-Technologies Sdn. Bhd. dan UTM Souvenir Shop Sdn. Bhd.

Pelaksanaan pengauditan e-SelfAudit yang diperkenalkan oleh Jabatan Audit Negara (JAN) awal tahun 2025 ini berperanan mewujudkan pembudayaan audit yang lebih kukuh dalam pengurusan kewangan Syarikat Kerajaan.

Pengauditan ini melibatkan 850 syarikat Kerajaan Persekutuan daripada 1,856 syarikat yang diwartakan seluruh Malaysia.

UTM Holdings Sdn. Bhd. diwakili oleh YBrs. Tuan Haji Ahmad Kamil Kushairi, Ketua Pegawai Eksekutif. Manakala, UTM Technology and Innovation Management Sdn. Bhd. diwakili oleh YBrs. Prof. Madya Ts. Dr. Noor Azurati Ahmad @ Salleh. Turut hadir YBrs. Sr. Dr. Nor Hafizi bin Hj. Md. Lani, yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Uni-Technologies Sdn. Bhd. dan juga wakil kepada UTM Souvenir Shop Sdn. Bhd.

Sesi penyerahan sijil perakuan ini turut disaksikan oleh Naib Canselor UTM, YBrs. Prof. Dr. Mohd Shafry bin Mohd Rahim, yang merupakan badan induk kepada empat syarikat subsidiari UTM tersebut.

Turut hadir dalam sesi ini adalah YBrs. Encik Azman bin Mahmood, Timbalan Ketua Audit Negara (Syarikat) dan Dr Fary Akmal bt Osman dari Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

 

  • Dikemaskini pada: 08 Sep 2025
  • Cetak
  • 28

faqhubungimaklumbalaspeta