Penyertaan Jabatan Audit Negara Dalam Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan Tahun 1447H/2025M
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
YBhg. Dato' Seri Ketua Audit Negara telah menghadiri Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan Tahun 1447H/2025M yang telah berlangsung pada 5 September 2025 bersamaan 12 Rabiulawal 1447H bertempat di Malaysia Agro Exposition Park (MAEPS), Serdang.
Tema sambutan pada tahun ini ialah ‘Membangun Ummah MADANI’.
Majlis penuh bersejarah ini disempurnakan dengan keberangkatan Duli Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar dan Raja Permaisuri Agong.
Jabatan Audit Negara (JAN) turut mengambil bahagian dalam pertandingan Perarakan Maulidur Rasul SAW dengan menghantar kontinjen seramai 40 orang.
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada kontinjen JAN atas kejayaan merangkul Johan bagi Kategori B (Jabatan Perdana Menteri dan Agensi YBM).
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |