faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Sorotan Aktiviti

Mesyuarat ke-9 INTOSAI Working Group on Big Data (WGBD) 2025

540529050 1215959857242725 7903550774556285713 n 541398878 1215959883909389 4207428270924757030 n 541400020 1215959820576062 1763870268125241453 n 542753789 1215959767242734 3035863983473196537 n 543155173 1215959930576051 4407024558734122038 n 543168873 1215959723909405 2568153356380794898 n

 

Mesyuarat ke-9 INTOSAI Working Group on Big Data (WGBD) 2025 telah diadakan pada 1-3 September 2025 di Harbin, China. Jabatan Audit Negara telah diwakili oleh Encik Mohd Razalan bin Kamal, Timbalan Pengarah, Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi; dan Encik Mohd Shakib bin Ishak, Penolong Pengarah Audit, Bahagian Audit ICT.

Mesyuarat ini telah menghimpunkan 69 orang pegawai dari 22 negara yang merupakan platform kerjasama global untuk memperkukuh bidang pengauditan big data dan AI, di samping membuka lembaran baharu dalam memperkasakan ketelusan, akauntabiliti dan keberkesanan pengauditan sektor awam.

Mesyuarat telah dirasmikan oleh Tuan Hou Kai, Ketua Audit Negara, Pejabat Audit Negara China.

Dalam ucapan perasmian beliau menekankan hanya mereka yang berinovasi mampu melangkah ke hadapan dan menjadi lebih berwibawa. Justeru Institusi Audit Tertinggi (SAI) perlu menerima pakai teknologi kecerdasan buatan (AI), memanfaatkan sepenuhnya nilai data audit, serta meningkatkan kecekapan dan produktiviti audit masing-masing dalam era baharu ini.

 

  • Dikemaskini pada: 03 Sep 2025
  • Cetak
  • 31

faqhubungimaklumbalaspeta