Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2024
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
YBhg. Dato' Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara telah mempengerusikan Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2024 pada 2 September 2025 di Jabatan Audit Negara, Putrajaya.
Hadir bersama dalam mesyuarat tersebut adalah YBhg. Dato’ Sri Dr. Mohammed Azman bin Aziz Mohammed, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PERKESO dan YBrs. Puan Nadhirah binti Haji Abdul Wahab, Pengarah Audit Kewangan.
Turut hadir dalam mesyuarat ini ialah YBrs. En. Azirruan bin Arifin, Timbalan Ketua Eksekutif (Operasi), YBrs. En. Edmund Cheong Peck Huang, Timbalan Ketua Eksekutif (Strategi dan Korporat) dan YBhg. Datuk Dr. Hafez bin Hussain, Pengarah Eksekutif Pusat Rehabilitasi PERKESO Sdn. Bhd.
Usai Mesyuarat Penutup, YBhg. Dato' Seri KAN telah menyempurnakan sesi menandatangani dan penyerahan Sijil Ketua Audit Negara mengenai Penyata Kewangan PERKESO bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2024 kepada Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PERKESO.