Sesi Penyerahan Perakuan Dan Pandangan Ketua Audit Negara Mengenai Pengauditan Syarikat Subsidiari Universiti Pertahanan Nasional Malaysia Melalui Sistem e-Selfaudit Bagi Tahun 2025
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara (KAN) telah menyerahkan Perakuan Dan Pandangan Ketua Audit Negara Mengenai Pengauditan Syarikat Melalui Sistem e-Selfaudit Bagi Tahun 2025 kepada syarikat subsidiari Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) iaitu UPNM Holdings Sdn. Bhd. pada 29 Ogos 2025 di Putrajaya.
Pelaksanaan pengauditan e-SelfAudit yang diperkenalkan oleh Jabatan Audit Negara awal tahun 2025 ini berperanan mewujudkan pembudayaan audit yang lebih kukuh dalam pengurusan kewangan Syarikat Kerajaan. Pengauditan ini melibatkan 850 syarikat Kerajaan Persekutuan daripada 1,856 syarikat yang diwartakan seluruh Malaysia.
UPNM Holdings Sdn. Bhd. diwakili oleh YBhg. Prof. Madya Kehormat Dato’ Dr. Abdul Rahman bin Abdul Razak Shaik, Pengerusi UPNM Holdings Sdn. Bhd..
Sesi penyerahan sijil perakuan ini turut disaksikan oleh Naib Canselor UPNM, YBhg. Leftenan Jeneral Datuk Arman Rumaizi bin Ahmad, yang merupakan badan induk kepada syarikat UPNM Holdings Sdn. Bhd..
Turut hadir dalam sesi ini adalah YBrs. Encik Azman bin Mahmood, Timbalan Ketua Audit Negara (Syarikat), Puan Raftah binti Ibrahim, Pengarah Bahagian Audit Syarikat I dan Puan Sharifah Zarina binti Syed Ahmad, Pengarah Bahagian Audit Syarikat II.