Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2024
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
YBhg. Dato' Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara telah mempengerusikan Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2024 pada 29 Ogos 2025 di Jabatan Audit Negara, Putrajaya.
Delegasi UPNM diketuai oleh YBhg. Leftenen Jeneral Datuk Wira Arman Rumaizi Haji Ahmad, Naib Canselor UPNM.
Hadir bersama adalah YBhg. Datuk Hajah Patimah binti Ramuji, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan), YBrs. Encik Azman bin Mahmood, Timbalan Ketua Audit Negara (Syarikat) dan Encik Mohd Fisul bin Ismail, Pengarah Audit Kewangan III.
Turut serta hadir dalam mesyuarat ini ialah YBhg. Kolonel Prof. Dr. Khairol Amali bin Ahmad, Timbalan Naib Canselor UPNM (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), YBhg. Prof. Madya Dato’ Dr. Abdul Rahman bin Abdul Razak Shaik, Pengerusi UPNM Holdings Sdn. Bhd., wakil-wakil dari Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Jabatan Pengajian Tinggi (JPT) dan Jabatan Ketua Pengarah Tanah & Galian Persekutuan (JKPTG).
YBhg. Dato' Seri KAN seterusnya telah menyempurnakan sesi menandatangani dan penyerahan Sijil Ketua Audit Negara mengenai Penyata Kewangan UPNM bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2024 kepada Naib Canselor UPNM.