Sambutan Hari Integriti Sarawak (HiS) 2025
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara (KAN) telah menghadiri Hari Integriti Sarawak (HiS) 2025 di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK) pada 28 Ogos 2025.
Peluncuran sambutan HiS 2025 dengan tema "Integriti Teras Kemajuan Sarawak" telah disempurnakan oleh YAB Datuk Patinggi Tan Sri Dr. Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg, Premier Sarawak. Dalam ucapan beliau, YAB Premier Sarawak menekankan kepentingan untuk sentiasa mengamal dan menghayati prinsip integriti dalam apa sahaja yang dilakukan. Ini termasuk sifat amanah dan bertanggungjawab dalam menggunakan sumber alam serta memastikan pemeliharaan alam sekitar untuk generasi akan datang.
Terdahulu YBhg. Tan Sri Dato' Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara (KSN) dalam ucapannya menyatakan sokongan semua agensi Kerajaan Persekutuan terhadap usaha Kerajaan Negeri Sarawak dalam memperkukuhkan budaya integriti.
Sambutan HiS 2025 dihadiri lebih 2,000 orang peserta terdiri daripada pegawai agensi Kerajaan Persekutuan, agensi Kerajaan Negeri Sarawak dan Pegawai Integriti Bertauliah (CeIO).
Turut hadir YB Datuk Amar Profesor Dr. Sim Kui Hian, Timbalan Premier Sarawak.