Sesi Penyerahan Perakuan Dan Pandangan Ketua Audit Negara Mengenai Pengauditan Syarikat Melalui Sistem e-Selfaudit
Bagi Tahun 2025 Peringkat Negeri Sarawak
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara (KAN) pada 28 Ogos 2025 telah menyerahkan Perakuan Dan Pandangan Ketua Audit Negara Mengenai Pengauditan Syarikat Kerajaan Melalui Sistem e-Selfaudit Bagi Tahun 2025 di Jabatan Audit Negara Negeri Sarawak kepada empat syarikat Kerajaan Negeri Sarawak iaitu LAKU Management Sdn. Bhd., Sarawak Incorporated Sdn. Bhd., Hornbill Skyways Sdn. Bhd. dan Pusaka Capital Sdn. Bhd.
Inisiatif pengauditan syarikat melalui Sistem e-SelfAudit yang dilaksanakan oleh Jabatan Audit Negara mulai tahun 2025 ini berperanan mewujudkan pembudayaan audit yang lebih kukuh dan pemangkin tatakelola lebih cemerlang dalam pengurusan kewangan Syarikat Kerajaan.
Mulai tahun ini, 182 Syarikat Kerajaan Negeri Sarawak telah diwartakan untuk pengauditan oleh JAN.
Ketua Pegawai Eksekutif yang berkaitan telah hadir iaitu YBrs. Puan Malseni Binti Jamal dari Sarawak Water Sdn. Bhd. (LAKU Management Sdn. Bhd), YBrs. Encik Wan Abu Bakar Bin Wan Hamid dari Sarawak Incorporated Sdn. Bhd., YBrs. Kapten Wan Mohamad Ali Bin Hj Wan Abdullah dari Hornbill Skyways Sdn. Bhd. dan YBrs. Encik Mohd Nor Topek Bin Julaihi dari Pusaka Capital Sdn. Bhd.
Hadir bersama dalam sesi penyerahan perakuan ini adalah wakil dari syarikat induk iaitu YBhg. Datu Hasmawati binti Sapawi, Timbalan Setiausaha Kewangan Negeri Sarawak (SFS) dan YBrs. Tuan Haji Zainal Abidin Bin Haji Abdullah, Pengurus Besar, Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (STIDC).
Turut hadir dalam sesi ini adalah Puan Raftah binti Ibrahim, Pengarah Sektor Audit Pengurusan Syarikat 1 dan Encik Saiful Anuar bin Mohd Jaafar, Pengarah Audit Negeri Sarawak.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |