Sesi Taklimat dan Lawatan Kerja Rasmi Dato’ Seri Ketua Audit Negara Terhadap Pelaksanaan Projek Kuching Urban Transportation System (KUTS) Yang Melibatkan Projek Projek Autonomous Rapid Transit (ART) dan Bas Hidrogen
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
YBhg. Dato’ Seri Ketua Audit Negara (KAN) berkesempatan turun padang meninjau dan mendengar taklimat status pelaksanaan projek Kuching Urban Transportation System (KUTS) di Depoh Autonomous Rapid Transit (ART) pada 27 Ogos 2025, dalam program kerja rasmi beliau ke Kuching, Sarawak. Projek KUTS melibatkan Projek Autonomous Rapid Transit (ART) dan Bas Hidrogen yang menggunakan teknologi hidrogen hijau dan sifar emisi (zero-emission).
Taklimat projek telah disampaikan oleh Encik Zafrin Zakariah, Pengarah Projek KUTS daripada Syarikat Sarawak Metro Sdn. Bhd. Lawatan ini adalah bagi mendapatkan gambaran lebih dekat mengenai inisiatif Kerajaan Negeri Sarawak dalam memastikan pelaksanaan projek KUTS turut menitikberatkan aspek alam sekitar, terutama mengurangkan pelepasan karbon menerusi penggunaan teknologi sel bahan api hidrogen.
Turut hadir ialah Puan Raftah Ibrahim, Pengarah Sektor Audit Syarikat, Encik Saiful Anuar Mohd Jaafar, Pengarah Audit Negeri Sarawak dan Encik Ts Chong Chi Fam, Ketua Bahagian Pengangkutan Darat dan Logistik, Kementerian Pengangkutan Sarawak.