Sesi Libat Urus Bersama Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Berhubung Cadangan Indikator Sijil Ketua Audit Negara Bagi Penyata Kewangan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Dalam Penilaian Sistem Penarafan Bintang Pihak Berkuasa Tempatan (SPB-PBT)
Mulai Tahun 2026
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) telah mengadakan sesi libat urus bersama Jabatan Audit Negara (JAN) pada 26 Ogos 2025 berhubung cadangan penggunaan indikator Sijil Ketua Audit Negara Penyata Kewangan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam penilaian Sistem Penarafan Bintang Pihak Berkuasa Tempatan (SPB-PBT) mulai Tahun 2026.
Sesi Libat urus tersebut telah dipengerusikan secara bersama oleh YBhg. Dato' Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara bersama YBhg. Datuk Wira M Noor Azman bin Taib, Ketua Setiausaha KPKT.
Selain itu, turut dibincangkan isu-isu yang telah dibangkitkan dalam Papan Pemuka Dalam Talian Ketua Audit Negara (Auditor General’s Dashboard – AGD) melibatkan KPKT.
Turut hadir dalam sesi ini ialah YBhg. Dato’Mohd Fazli bin Mohd Kenali, Ketua Pengarah Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT); YBrs. En. Omran bin Omar, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan dan Pembangunan) JKT; YBhg. Datuk Patimah binti Ramuji, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan); YBrs. En. Azman bin Mahmood, Timbalan Ketua Audit Negara (Syarikat); dan YBrs. Dr. Farida binti Veerankutty, Ketua Unit Audit Dalam KPKT.